Wednesday, July 29, 2009

PEMIMPIN PAS DAN PAKATAN RAKYAT JAHIL

Kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berhubung kekalahan calon Pakatan Rakyat di Pilihanraya Kecil DUN Batang Ai pada 07 Mac 2009 disebabkan para pengundi di situ (Majoriti Kaum Iban) tidak tahu mengundi dan memakai cawat (“Sirat ” – istilah tempatan).

Abdul Hadi dipetik menerusi portal Malaysiakini pada 11 Julai 2009 sebagai berkata; “Semua pilihan raya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batai Ai sahaja kita kalah sebab mereka tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek, undi PAS.”

Sikap para pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat lain yang “tipikal dan senada” menunjukkan mereka jelas mempertahankan kenyataan Hadi yang kontraversi dan sensitif serta boleh menyinggung perasaan kaum lain.

Sebagai pemimpin parti Islam, Abdul Hadi tidak patut mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kemarahan masyarakat majmuk di Malaysia. Jika kenyataannya diberi kesimpulan, maka Abdul Hadi patut akur bahawa pengundi pakai cawat telahpun menumpaskan Pakatan Rakyat termasuk PAS dalam Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu dan seterusnya berjaya menubuhkan Kerajaan Malaysia menerusi Barisan Nasional. Mungkinkah ini tidak cukup untuk menyedarkan Abdul Hadi bahawa pemakai cawat lebih reti undi daripada Hadi yang jahil dan kehilangan sensitiviti.

Sewajarnya, rakyat Sarawak terus menolak ideologi parti dan prinsip perjuangan para pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat kerana sikap para pemimpinnya yang cetek dan jahil tidak boleh diterima oleh rakyat berbilang kaum di Malaysia.

1 comment:

tajau singa raja said...

Batang Ai sudah TOLAKKK ! ayuh SARAWAK RAMAI RAMAI kita TOLAK PAKATAN RAKYAT !!!!!!!!