Monday, October 20, 2008

HINDRAF DIHARAMKAN

Tindakan Kerajaan mengharamkan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu atau HINDRAF – Hindu Rights Action Force adalah langkah yang wajar demi kesejahteraan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Tindakan mengisytiharkan HINDRAF sebagai pertubuhan HARAM juga sangat sesuai berikutan kegiatan anggotanya yang bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) serta memudaratkan ketenteraman awam, keamanan, keselamatan, ketertiban dan nilai moral negara ini.

HINDRAF mula menarik perhatian umum pada 25 November, 2007 apabila kumpulan itu
memfailkan saman terhadap Kerajaan Britian yang didakwa membawa dan membiarkan masyarakat India terpinggir di negara ini. Kumpulan tersebut mencetuskan kekacauan dalam perhimpunan haram di sekitar ibu negara dalam usaha mereka mendesak Ratu Elizabeth II untuk menyokong tuntutan pampasan RM27.7 Trilion (4 trilion pound sterling) daripada Kerajaan British.

Terkini, kumpulan HINDRAF melakukan kekecohan di Rumah Terbuka Aidilfitri bersama Perdana Menteri dan Menteri Kabinet beragama Islam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 1 Oktober lalu bagi mendesak lima pemimpinnya dibebaskan daripada tahanan (ISA).

Kebanyakan isu yang diperjuangkan oleh HINDRAF adalah berhubung keadaan ekonomi, hak asasi kemanusiaan, tahanan ISA dan kawasan tapak beribadat yang merupakan perkara asas tuntutan NGO yang lain. Apa yang dikhuatiri terdapat segelintir rakyat Malaysia khas pihak pembangkang akan sentiasa memutar-belitkan fakta dan membuatkan semua orang keliru dengan tindakan kerajaan.

Dengan itu, rakyat haruslah sentiasa waspada kerana pihak pembangkang mungkin mencari saluran lain untuk menyampaikan niat yang sama. Kerajaan juga perlu proaktif bagi mengelak kumpulan HINDRAF berkompromi dengan pembangkang untuk mencapai hasrat dan cita-cita mereka yang pasti akan merugikan negara.

SUARA RAKYAT.

Monday, October 13, 2008

ISU PENDERAAN SEKSUAL DAN PERKOSAAN WANITA PENAN

Isu Penderaan Seksual Dan Perkosaan Wanita Penan di Kawasan Baram

Media tempatan telah menyiarkan laporan NGO di Switzerland dalam laman web,
Bruno Manser Foundation (BMF), yang mendakwa pekerja-pekerja pembalakan di Daerah Baram melakukan penderaan seksual terhadap wanita Penan di kawasan terbabit. Berikut adalah laporan yang disiarkan oleh Pihak BMF pada 15 September, 2008 :



Original BMF media release (15 September 2008)

Penan women from the Middle Baram area of Sarawak are launching a cry of alarm to the international community over cases of sexual abuse by logging company workers in the East Malaysian state's rainforests.

The Penan are accusing workers from Interhill and Samling, two Malaysian logging companies, of harassing and raping Penan women, including schoolgirls. "I want to make it known that we are being sexually abused by the timber company workers on a regular basis", a Penan woman from Sarawak's Middle Baram region said to the Bruno Manser Fund (BMF).

According to research undertaken by BMF, the perpetrators are frequenting several Penan settlements in the Middle Baram, looking for women. The company workers are based in logging camps in the region and are usually drunk when they arrive at the villages. "When we hear their off-road vehicles coming, we just leave everything as it is and flee into the forest", the Penan source said. "They come on an almost weekly basis, but the situation is worst during the school holidays when they know the students are in the villages." In other cases, school transports operated by company vehicles had been arranged in such a way that schoolgirls had to stay overnight at a logging camp, where they were abused.

The Penan communities are reporting several cases of pregnancy as a consequence of abuse by company workers. They also accuse the loggers of using armed "gangsters" to intimidate them and of handing out alcohol to the young Penan. Complaints by the Penan to those in charge of the logging camps and to the Police have so far had no effect.

The Bruno Manser Fund is asking the Malaysian government to start a formal enquiry into these serious criminal offences. In particular, the government is being asked to ensure that the victims are protected and that the harassment of Penan women by company workers is brought to an end immediately.



Kita merasa amat sedih jika penganiayaan seksual dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana gadis Malaysia termasuk orang Penan. Dalam keadaan kita sekarang mana-mana pihak tidak boleh mengambil kesempatan untuk mengeksploitasi atau menindas sesama rakyat Malaysia walaupun mereka dari golongan yang lemah, minoriti ataupun daif. Kita sedia maklum bahawa perkosaan dan penderaan seksual adalah jenayah berat serta tidak berperkemanusiaan. Justeru, mereka yang melakukan perbuatan yang terkutuk itu patutlah menerima tindakan undang-undang serta hukuman yang berat dan setimpal.

Beberapa perkara yang menjadi persoalan dalam isu ini ; pertama adalah kesahihan laporan BMF. Sekiranya perkara itu benar-benar berlaku ke atas gadis-gadis Penan, maka ia merupakan suatu prejudis kerana kita menerima laporan itu dari pihak luar sedangkan banyak pihak tempatan yang menafikannya. Kedua, seandainya laporan yang dibuat oleh pihak media itu tidak berasas sama sekali, maka kerajaan khususnya pihak Kerajaan Negeri Sarawak perlu menangkis tohmahan tersebut dengan segera kerana perkara itu boleh mencemarkan nama baik Negara kita di mata dunia.

Saya sangat setuju dengan pandangan YB Dr George Chan Hong Nam, Timbalan Ketua Menteri Sarawak bahawa semua pihak kini jangan membuat sebarang spekulasi ataupun menuding jari kepada sesiapa sebelum mendapat gambaran yang terperinci mengenai kejadian tersebut. Jika benar kes-kes yang dilaporkan oleh media berhubung pekerja-pekerja balak yang mengambil kesempatan dan memperkosa pelajar-pelajar gadis-gadis Penan hingga mengandung serta melahirkan anak, maka kerajaan mesti bertindak segera untuk melindungi mangsa serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang bersalah.

Pada hakikatnya, kita merasa sempati mendengar perihal gadis-gadis Penan yang dilaporkan oleh media sejak kebelakangan ini. Kita juga tidak dapat menafikan bahawa situasi sebenar di kawasan terpencil, jauh di pendalaman menjadi penghalang untuk berhubung termasuk membuat laporan atau aduan. Oleh yang demikian, kita mesti pastikan agar gadis-gadis Penan di Baram tidaklah menjadi
Mangsa Keadaan dan mengalami nasib malang seperti yang dilaporkan.

Dalam menangani isu ini kita mengharapkan agar pihak polis mengambil tindakan dengan segera untuk menyiasat kes yang didakwa oleh pihak media. Pada waktu yang sama, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, sangat wajar menubuhkan jawatankuasa bertindak bagi menyiasat dakwaan kes penderaan seksual wanita kaum Penan di Baram dan tidak membiarkan perkara seperti itu terus berlaku kerana ia membabitkan wanita dari kaum minoriti yang memerlukan perhatian.

Dengan ini, kita menyeru mana-mana pihak yang mengetahui kes berhubung Penderaan Seksual dan Perkosaan Wanita Penan di Baram untuk berkerjasama dengan tampil memberi maklumat yang benar kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan yang mendalam dan lebih lanjut. Janganlah membiarkan prejudis ini terus berlaku kerana perbuatan penderaan seksual dan perkosaan gadis-gadis Penan adalah suatu penghinaan yang tidak berkemanusiaan dan adalah satu dosa yang besar. Jika terdapat sebarang maklumat boleh menghubungi
999 atau Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di talian hotline 15999.

Marilah kita sama-sama berganding bahu membanteras kes penderaan seksual dan perkosaan untuk Kesejahteraan Rakyat Malaysia

Friday, October 3, 2008

Tiada KOMUNIS Tiada ISA?

ISA berusia 48 tahun dan terbukti berkesan dalam menjaga ketenteraman awam dan keselamatan Negara. Tetapi, Saya sangat hairan mengapa banyak pihak yang menuntut agar undang-undang mengenai Keselamatan dan Ketenteraman Awam ini dikecil atau dimansuhkan? Secara logiknya golongan yang berhaluan kiri pastinya akan menentang undang-undang dan segala rintangan yang menghalang usaha mereka. Jesteru pihak pembangkang serta kumpulan-kumpulan pelampau cenderung mendesak kerajaan agar menghapuskan ISA semata-mata untuk mencapai hasrat masing-masing.

Kita masih ingat dengan jelas kata-kata Almarhum Tunku bahawa tujuan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 diluluskan adalah untuk benteras dan menangani ancaman komunis sekalipun mereka melakukannya dengan sangat berhati-hati dan dengan bersikap apologetic mengenainya. Adalah amat jelas semua ini dilakukan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di Negara kita akan sentiasa terpilihara memandangkan komunis menjadi ancaman utama kepada Negara pada ketika itu. Mungkin terjemahan langsung oleh Pakar Undang-undang ISA patut dihapuskan apabila komunis tiada lagi di Malaysia. Tetapi bagi pengamal Sains Politik dan Sains Kemasyarakatan, aplikasi dan implikasi akta ini amat penting serta masih diperlukan bagi mencegah anasir subersif yang berselindung di sebalik hak asasi dan keadilan, liberalisasi, orde globalisasi dan sebagainya. Walaupun bukan ancaman bersenjata, tetapi ideologi dan fahaman ala komunis sekarang banyak menyerap dalam NGO, parti politik berhaluan kiri, professional, aktivis perpaduan, penganjur bangsa Malaysia, media dan lain-lain. Mereka ibarat dedalu atau parasit di pokok perlembagaan dan undang-undang padahal mereka ternyata kurang hayati sejarah dan cita-cita Negara yang berteraskan Kontrak Sosial yang gah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Para pengamal undang-undang juga semakin penting serta diperlukan dalam masyarakat kita berbanding dengan dahulu. Saya rasa tiada undang-undang yang semakin ringan/mengecil bagi menangani kesalahan-kesalahan yang semakin kompleks dilakukan oleh jenayah yang melanggar peraturan jalanraya, dadah, kewangan dan kesalahan lain. Dan mengapa pula ISA dituntut supaya dikecilkan bahkan terdapat sesetengah pihak berharap ISA dimansuhkan ketika rakyat sedang dalam kebinggungan melihat apa yang sedang berlaku di depan mereka sekarang? Pelbagai insiden yang dicetuskan oleh banyak pihak termasuk pelampau politik, pelampau agama, pelampau ideologi, NGOs, aktivis dan golongan pendesak sejak kebelakangan ini sangat bahaya dan boleh menimbulkan huru-hara dalam negara. Sekali lagi ISA digobal untuk mengawal semua ini dan terbukti berkesan. Ternyata semua yang berlaku bukan disebabkan ISA tetapi kerana kerajaan terlalu berlembut melaksanakan ISA. Sewajarnya Akta keselamatan Dalam Negeri diperluaskan lagi bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan keamanan Negara.

Kalaulah rakyat Malaysia hayati Perlembagaan, ikut fakta sejarah Negara hingga mencapai kemerdekaan, amal Bangsa Malaysia, cintakan Negara, bertemadun bertoleransi tinggi, utuhkan psikologi dengan minda kelas pertama, befikiran global, liberal, bersatupadu dengan satu seruan “Hidup Bangsa Malaysia”, rasanya tak akan ada suara racist, extremist atau perkauman, mungkin ISA juga tidak akan diperlukan lagi. Tetapi selagi ada masalahan dan terdapatnya kepincangan dalam amalan-amalan di atas, maka ISA tetap relevan demi kebaikan rakyat dan kepentingan Negara.


SUARA RIMBA