Friday, September 18, 2009

"SWEEPING MALAYSIA"

'Sweeping Malaysia' sememangnya mengguris hati rakyat Malaysia. Isu itu tidak sepatutnya terjadi antara Indonesia dan Malaysia kerana kedua-dua negara boleh dikatakan bagai saudara sepupu dan sudah sekian lama menjalinkan hubungan diplomatik. Ya lah, orang Melayu pun berasal dari Indonesia dan orang Iban pun asalnya dari daerah sana juga.

Memang benar kata orang 'setiap perkara yang berlaku ada sebab musababnya' dan 'setiap masalah juga ada jalan penyelesaiannya'. Cuma apa yang perlu kita lakukan adalah berusaha untuk 'memadamkan api yang sedang marak' dan tidak perlu disemburkan dengan minyak tanah lagi. Rakyat jelata mengharapkan agar pihak berwajib yang bijaksana di Malaysia dan Indonesia bertindaklah secepat mungkin dan jangan biarkan perkara begini berlarutan.

Suatu ketika dahulu banyak perkara yang menyebabkan hati rakyat Indonesia terguris disebabkan sikap segelintir orang Malaysia yang gila-gila, sekarang kita pula yang terkena tempiasnya. Maka sebab itulah kita perlu sama-sama berfikir apa yang terbaik demi kesejahteraan dan keamanan sejagat khasnya untuk Malaysia-Indonesia.

No comments: