Monday, October 20, 2008

HINDRAF DIHARAMKAN

Tindakan Kerajaan mengharamkan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu atau HINDRAF – Hindu Rights Action Force adalah langkah yang wajar demi kesejahteraan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Tindakan mengisytiharkan HINDRAF sebagai pertubuhan HARAM juga sangat sesuai berikutan kegiatan anggotanya yang bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) serta memudaratkan ketenteraman awam, keamanan, keselamatan, ketertiban dan nilai moral negara ini.

HINDRAF mula menarik perhatian umum pada 25 November, 2007 apabila kumpulan itu
memfailkan saman terhadap Kerajaan Britian yang didakwa membawa dan membiarkan masyarakat India terpinggir di negara ini. Kumpulan tersebut mencetuskan kekacauan dalam perhimpunan haram di sekitar ibu negara dalam usaha mereka mendesak Ratu Elizabeth II untuk menyokong tuntutan pampasan RM27.7 Trilion (4 trilion pound sterling) daripada Kerajaan British.

Terkini, kumpulan HINDRAF melakukan kekecohan di Rumah Terbuka Aidilfitri bersama Perdana Menteri dan Menteri Kabinet beragama Islam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 1 Oktober lalu bagi mendesak lima pemimpinnya dibebaskan daripada tahanan (ISA).

Kebanyakan isu yang diperjuangkan oleh HINDRAF adalah berhubung keadaan ekonomi, hak asasi kemanusiaan, tahanan ISA dan kawasan tapak beribadat yang merupakan perkara asas tuntutan NGO yang lain. Apa yang dikhuatiri terdapat segelintir rakyat Malaysia khas pihak pembangkang akan sentiasa memutar-belitkan fakta dan membuatkan semua orang keliru dengan tindakan kerajaan.

Dengan itu, rakyat haruslah sentiasa waspada kerana pihak pembangkang mungkin mencari saluran lain untuk menyampaikan niat yang sama. Kerajaan juga perlu proaktif bagi mengelak kumpulan HINDRAF berkompromi dengan pembangkang untuk mencapai hasrat dan cita-cita mereka yang pasti akan merugikan negara.

SUARA RAKYAT.

1 comment:

Gong Sarawak said...

Suara Rimba,

Saya setuju dan saya rasa setiap rakyat Malaysia yang cintakan keharmonian juga setuju dengan pendapat anda.

Kita rakyat Malaysia mempunyai hak asasi yang sama rata di sisi undang-undang negara. Dalam perlembagaan, pemberian hak-hak istemewa kepada pihak tertentu telah dipersetujui dan hanyalah bertujuan untuk mencapai kemakmuran agar semua pihak sama-sama dapat menikmati kehidupan yang bahagia dan sejahtera.

Dengan itu, setiap rakyat Malaysia harus mengamalkan keserdahanaan dan berpuas hati dengan hasil usaha kita yang murni untuk mengekalkan suasana aman dan harmoni di Malaysia.

RAKAN Sarawak