Thursday, February 12, 2009

TANAH UNTUK PEMBANGUNAN (SAWIT) TINGKATKAN TARAF HIDUP

“ Kerajaan tidak pernah merampas tanah rakyat, sebaliknya memajukannya demi meningkatkan taraf hidup rakyat. Semua ini terbukti apabila beberapa peserta estet kelapa sawit yang dibangunkan SALCRA di kawasan Batu Kaya, Merindun, Lemanak Batang Ai, Sedarat Memaloi Pais, Enteban dan Pakit Undop dekat Sri Aman sudah mula menikmati dividen” . Utusan Borneo –9 Feb.2009 (M/S 1).

“Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah merampas tanah rakyat, sebaliknya tanah itu diuruskan oleh kerajaan untuk tujuan pembangunan demi mempertingkatkan taraf hidup rakyat”, kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Anak Numpang ketika berucap merasmikan Majlis Randau Pemansang anjuran SALCRA dan penyerahan replika cek berjumlah RM723,000.00 kepada penerima dividen dari 23 buah rumah panjang di bawah Skim Penanaman Kelapa Sawit SALCRA Pakit-Undop di Dewan Suarah Sri Aman pada 08 Februari 2009.

“Sejak 25 tahun lalu, Kerajaan menerusi Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) telah membayar sejumlah RM93.3 juta wang dividen kepada 6,000 peserta dari empat estet kelapa sawit di Bahagian Sri Aman”.
Utusan Borneo – 8 Feb.(Ms.2)

Menurut beliau, ini membuktikan bahawa usaha gigih Ketua-ketua Masyarakat sebelum ini dalam membangunkan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) berbaloi. Dengan itu, beliau menggalakkan para penduduk terutama pemilik tanah NCR di Sri Aman untuk menyertai skim penanaman kelapa sawit yang dikendalikan oleh SALCRA.

Jesteru beliau menasihati para pemilik tanah NCR agar menepis segala dakwaan dan hasutan daripada pihak tertentu berhubung penanaman kelapa sawit demi kebaikan diri mereka.

No comments: