Monday, February 9, 2009

Penggunaan Nama ALLAH oleh Penerbitan Herald Catholic

Saya merujuk kepada petikan dalam Utusan Malaysia dan Malaysiakini yang menyentuh "Isu Mengenai Nama Allah yang digunakan oleh penerbitan Herald Catholic dan Perkataan Allah tidak wajar digunakan bagi agama lain selain daripada Islam”. Bukan nak bangkitkan isu agama tapi sebagai Anak Malaysia yang cintakan agama dan negara, saya hanya nak beri pendapat yang bernas dan cadangan yang logik demi kebaikan negara dan rakyat Malaysia tak kira agama dan bangsa.

Di Eropah, memang tak ada batasan dan halangan untuk berbicara tentang apa saja dan akhirnya menyinggung perasaan pihak-pihak lain. Orang Arab baik Islam mahupun Kristian menggunakan perkataan Allah dalam kitab kerana mereka sama-sama percaya ada 99 nama dan 20 sifat wajib, Masya'Allah.

Di Malaysia, rakyatnya semuanya sangat luar biasa berbanding dengan orang di negara lain di dunia. Inilah rahmatnya jika kita bijak menggunakan akal. Yang penting, kita kenal siapa ALLAH itu...jangan sekadar tahu nama sahaja. Siapa saja yang menyebut namaNya dan mengenaliNya... oklah tu asalkan jangan ada unsur untuk memutar-belit dan menyinggung perasaan penganut agama-agama lain.

Walaupun Perlembagaan Malaysia memberi kebebasan kepada rakyatnya untuk mengamalkan agama masing-masing, namun setiap penganutnya perlu bijak menggunakan akal agar segala pegangan dan amalan harian tidak mencetuskan perbalahan di kalangan rakyat Malaysia yang pelbagai agama.

Saya percaya, “Isu penggunaan nama ALLAH oleh Agama lain tidaklah begitu sensitif bagi rakyat Malaysia yang berfikiran terbuka , cintakan Agama, Bangsa dan Negara. “A rose by any other name is still a flower”. Similarly, the God we perceive and believe in is still God even if called in any one of the thousands of languages we have in this world..

Sebagai orang Kristin Katolik, tiada faedahnya kita berbalah sesama sehabat kita “Rakyat Malaysia” tentang nama Allah. The Hebrew word Yahweh for the creator of the universe is nothing less and could be an appropriate substitute for Allah. Show the other cheek to our other brethren rather than 'clash' over something. It is not worth fighting for and locking horns with the government. ‘Love one another as I have loved you’ as was taught so often by Jesus Christ during his time. Christianity is a religion of tolerance, peace, humility and love and these good virtues are basically the strong pillars of our faith which have been proven time and time again.

Buat masakini dan keadaan sekarang, saya sangat berharap agar semua pihak khasnya warga media berhenti mengeluarkan pendapat yang boleh menyinggung perasaan Rakyat Malaysia dan mengeruhkan lagi keadaan di negara kita.

No comments: