Wednesday, February 18, 2009

Calon Pemuda UMNO sepakat bawa perubahan


BAHAS... Mukhriz Mahathir, Khairy Jamaludin dan Dr. Mohd. Khir Toyo bersalaman sebelum memulakan debat dalam rancangan Hujah terbitan TV9 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur malam tadi.

17 Feb. – Ketiga-tiga calon Ketua Pemuda UMNO, yang berdebat dalam rancangan bual bicara Hujah malam ini bersepakat untuk membawa perubahan yang lebih mantap kepada pergerakan itu dengan memperkenalkan prinsip perjuangan masing-masing. Bernama & TV9

Khairy Jamaluddin

- Pemuda UMNO perlu mempunyai satu pakej pengisian prinsip bersama dengan Pemuda parti komponen Barisan Nasional (BN) lain bagi membawa perubahan.

- Rupa bentuk dan pengisian Pemuda BN hanya bergabung semasa pilihan raya, tetapi selepas pilihan raya tidak pernah ada perhatian dan kurang program bersama.

- penyelarasan Pemuda Umno dan Pemuda BN juga dapat memperkemaskan semula prinsip dan hak kaum dan secara langsung akan memperkemaskan pergerakan itu sebagai satu gabungan parti nasional.

Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir

- Pemuda UMNO perlu bersefahaman dan membetulkan kelemahan yang ada.

- Kepimpinan yang baru perlu tegas untuk terus memantapkan UMNO supaya parti tidak menyimpang dari perjuangan asal yang mengamalkan dasar keterbukaan demi kepentingan rakyat.

- Semua rakyat perlu memahami UMNO adalah parti orang Melayu yang mengamalkan dasar keterbukaan kepada semua rakyat khususnya menjaga kepentingan semua kaum termasuk Cina, India dan kaum etnik lain.

- rombakan dari peringkat kepimpinan tertinggi dan dari kalangan generasi muda akan membawa jati diri lebih kuat untuk membina semula keyakinan rakyat terhadap Umno.

Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo

- Sayap parti itu perlu menjadi suara kerajaan dan rakyat yang dapat mengimbangi pelbagai isu agar tidak dimanipulasi oleh pihak pembangkang.

- Pemuda UMNO bukan seperti Pemuda parti lain (pakatan pembangkang) yang hanya menjadi suara rakyat, Pemuda UMNO perlu jadi suara kerajaan dan menerangkan pelaksanaan dasar kerajaan kepada rakyat dengan jelas.

- Kemenangan pihak pembangkang di negeri Selangor akan menjadi pengajaran yang digunakan untuk membetulkan kelemahan bagi memantapkan parti UMNO.

No comments: