Monday, August 9, 2010
GURU DIBENARKAN BERPOLITIK
Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memainkan peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara. Namun mereka yang dibenarkan terlibat dalam politik kelak hendaklah mematuhi sepenuhnya Peraturan-peraturan Pegawai Awam selain memastikan batasan tugas serta fokus utama mereka sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan tidak terjejas dengan penglibatan mereka dalam politik.
Peraturan baru ini merupakan ruang dan peluang yang baik untuk pegawai awam gred 41 ke atas untuk menyumbangkan bakti dan idea bagi mengukuh dan memantapkan politik demi rakyat dan negara. Namun, jika guru ingin melibatkan diri sepenuh masa dalam politik, maka mereka wajar berhenti menjadi guru kerana... "GURU dibayar untuk tugas utama mereka iaitu MENGAJAR dan MENDIDIK PELAJAR".
Friday, March 26, 2010
Adenan kembali, Fatimah menteri penuh, Tan naik pangkat
Ketua Menteri Pehin Seri Dr Abdul Taib Mahmud berkata pengalaman Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Datu itu merupakan suatu aset besar buat Sarawak yang turut berperanan dalam bidang berkaitan penerangan dan penyiaran.
Rombakan kecil kabinet negeri kali ini juga menyaksikan seorang wanita dilantik menjadi Menteri penuh apabila Datin Fatimah Abdullah dilantik sebagai Menteri di Pejabat Ketua Menteri.
“Tanggungjawab utama Fatimah adalah dalam pendidikan awal kanak-kanak, pembangunan keluarga selain menjaga bahagian perancangan dan latihaan. Fatimah diyakini dapat memikul tanggungjawab itu dengan baik memandangkan beliau telah berjaya melaksanakan beberapa program khasnya dalam pendidikan awal kanak-kanak serta pembangunan keluarga selama ini,” kata Taib.
Taib turut mengumumkan perlantikan Adun Batu Kawa, Tan Joo Phoi sebagai Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Alam Sekitar). Beliau merupakan Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP), satu-satunya wakil SUPP yang terselamat ketika bertanding di Kuching dalam pilihanraya negeri yang lalu.
Hadir sama pada sidang akhbar tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan, Menteri Pembangunan Tanah Datuk Seri James Jemut Masing dan Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Datuk Seri William Mawan Ikom.
Insentif niki pangkat enggau elawin polis deka ditambah: Najib
KUALA LUMPUR: Perintah setuju deka mayar elawin bulan penyampau RM200 ngagai kira-kira 33,000 iku pegawai enggau raban polis ke bukai ti ngembuan pangkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke bejalaika pengawa am.
Bejaku bekaul enggau pekara nya kemari, Menteri Besai Datuk Seri Najib Tun Razak madah elawin ke diberi nya nyengkaum bajet tambah penyampau RM84 juta setaun.
Kelimpah ari nya, Menteri Besai mega ngenataika berita manah ngagai raban polis ke bepangkat Konstabel dataika Koperal deka niki pangkat nitihka pengelama timpuh sida udah gawa.
Ngena genteran Pekeliling Perkhidmatan 2009, raban polis ke bepangkat Konstabel deka ditikika pangkat ngagai Lans Koperal sepengudah gawa tiga taun lalu Lans Koperal deka ditikika pangkat ngagai Koperal sepengudah lima taun gawa, ku iya lebuh bejaku ba pengawa bejadika hari nyambut Hari Polis Ke-203 ba Palan Pematih Polis (Pulapol) ditu.
“Inisiatif nambahka elawin tu nyengkaum lebih 52,000 iku raban ke negmbuan lain-lain pangkat,” ku iya.
Sama bisi datai ba pengawa nya iya nya bini Menteri Besai, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Dalam Menua, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, Tuai Polis Menua tan Sri musa hassan enggau Sapit Tuai Polis Menua Tan Sri Ismail Omar.
Najib ba jaku iya mega merambu balai polis ke nyulut sereta lengkas mutarka penanggul jenayah deka bulih pengelala bepelasarka pengawa ti dikerejaka sida.
“Utai ke diberi sehari tu nyadika tanda sukung sereta peransang ari perintah malas jasa raban polis ke bebendar nyaga pengelikun rayat sereta menua kitai tu,” ku iya.
Kelimpah ari nya, Najib mega ngemeranka tiga fokus iya nya integriti, efisien, sereta ulih mutarka penyalah jenayah patut dipegai ba tiap iku raban PRDM lebuh sida bejalaika tanggung pengawa kelebih agi nyaga pengelikun mensia mayuh enggau menua.
Tiga pekara nya beguna bendar ba pengawa kitai ngurangka angka kes jenayah ke nyadi siti ari pun NKRA.
Najib madah, sekumbang atur NKRA dipejalaika berengkah ari taun siti nyin suba ti nagit deka nutunka angka jenayah penyampau lima persin ba taun 2010, nya berengkah mandangka tanda positif kelebih agi ba dua bulan ti keterubah taun tu iya nya nurun penyampau 13 persin ba timpuh ke sama taun nyin suba.
Iya madah, tu nyadika tanda sereta peransang kena neruska momentum ngulih sereta napao indeks KPI.
“Enti deka mujur mutarka penusah jenayah, kitai begunaka pengering ba semua aspek sereta ukai semina raban enggau tiga pekara ke disebut aku tadi, tang mega penemu sereta pengelandik bekenaka teknologi baru, perengka komunikasi ba semua aspek,” ku iya.
Menteri Besai meri chunto balai polis ke mindah kin-kitu patut ngembuan perengka komunikasi ke chukup sereta efisien kena mantu bala raban polis muntang ngereja pengawa kelebih agi ba pengawa mutarka penyalah jenayah ari nyadi. — Bernama
Friday, February 26, 2010
Manah penemu sida baum ngempung SPDP-PRS
Sumber : By Jacqueline David (Borneo Post) February 26, 2010
Friday, September 18, 2009
"SWEEPING MALAYSIA"
Memang benar kata orang 'setiap perkara yang berlaku ada sebab musababnya' dan 'setiap masalah juga ada jalan penyelesaiannya'. Cuma apa yang perlu kita lakukan adalah berusaha untuk 'memadamkan api yang sedang marak' dan tidak perlu disemburkan dengan minyak tanah lagi. Rakyat jelata mengharapkan agar pihak berwajib yang bijaksana di Malaysia dan Indonesia bertindaklah secepat mungkin dan jangan biarkan perkara begini berlarutan.
Suatu ketika dahulu banyak perkara yang menyebabkan hati rakyat Indonesia terguris disebabkan sikap segelintir orang Malaysia yang gila-gila, sekarang kita pula yang terkena tempiasnya. Maka sebab itulah kita perlu sama-sama berfikir apa yang terbaik demi kesejahteraan dan keamanan sejagat khasnya untuk Malaysia-Indonesia.
Wednesday, July 29, 2009
PEMIMPIN PAS DAN PAKATAN RAKYAT JAHIL
Abdul Hadi dipetik menerusi portal Malaysiakini pada 11 Julai 2009 sebagai berkata; “Semua pilihan raya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batai Ai sahaja kita kalah sebab mereka tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek, undi PAS.”
Sikap para pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat lain yang “tipikal dan senada” menunjukkan mereka jelas mempertahankan kenyataan Hadi yang kontraversi dan sensitif serta boleh menyinggung perasaan kaum lain.
Sebagai pemimpin parti Islam, Abdul Hadi tidak patut mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kemarahan masyarakat majmuk di Malaysia. Jika kenyataannya diberi kesimpulan, maka Abdul Hadi patut akur bahawa pengundi pakai cawat telahpun menumpaskan Pakatan Rakyat termasuk PAS dalam Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu dan seterusnya berjaya menubuhkan Kerajaan Malaysia menerusi Barisan Nasional. Mungkinkah ini tidak cukup untuk menyedarkan Abdul Hadi bahawa pemakai cawat lebih reti undi daripada Hadi yang jahil dan kehilangan sensitiviti.
Sewajarnya, rakyat Sarawak terus menolak ideologi parti dan prinsip perjuangan para pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat kerana sikap para pemimpinnya yang cetek dan jahil tidak boleh diterima oleh rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Wednesday, July 22, 2009
SKIM 1SARAWAK 1HARGA DILANCARKAN
Semua harga barangan keperluan diselaraskan di seluruh negeri menjelang akhir tahun ini manakala di Bintulu ia dikuatkuasakan serta-merta dengan majlis pelancarannya.
Penguatkuasaan penyeragaman harga di bawah Skim “1Sarawak 1Harga” itu perlu bagi memastikan penduduk luar bandar tidak lagi menanggung beban dan juga kos untuk datang ke bandar bagi mendapatkan barangan keperluan pada harga yang lebih rendah. Pada masa ini penduduk di pedalaman terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang sangat banyak untuk pengangkutan sungai selain dibebankan dengan harga barangan yang mahal. Oleh yang demikian, penyeragaman harga barangan keperluan di negeri ini akan mengutamakan penduduk luar bandar yang menggunakan pengangkutan sungai atau tidak dapat dilalui dengan jalan darat.
Langkah kerajaan melaksanakan Skim 1Sarawak 1Harga merupakan usaha murni Kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan sekarang dalam merealisasikan Konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Sumber : Utusan Borneo 21 Julai 2009